Anda Tertarik Dengan Tawaran Penjualan Vaksin COVID-19 di Pasaran?

Sehingga kini Vaksin Covid-19 hanya dibekalkan oleh Kerajaan Malaysia mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sebarang Penjualan atau Pembekalan vaksin melalui mana-mana medium lain termasuk secara dalam talian (Online) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Vaksin yang djual di pasaran mungkin adalah tiruan, palsu ataupun datang daripada sumber yang tidak sah dan tidak diketahui status keselamatanyya. Elakkan diri ANDA daripada menjadi mangsa Pihak-pihak yang Tidak Bertanggungjawab ini.

Bersabar menunggu giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin. Daftar giliran anda menggunakan applikasi MySejahtera.

#SabarTungguGiliran
#biarbetuliklanni!