Di Selangor sendiri sebenarnya memang banyak tempat yang cantik, menarik dan tertarik. Tapi ramai yang tak tahu nak ke mana musim cuti sekolah. Apa lagi ramai-ramai singgah ke Jeram, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)

 

ALAMAT : LOT 4021, JALAN RIZAB ZAZULI, KAMPUNG BUKIT HIJAU, 45800 JERAM, SELANGOR
(Harga efektif pada 01 April 2017)

KSCC SAFC terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik di Kuala Selangor iaitu :


1) Kompleks Pondok Balai Ilmu (PBI)
2) 5 minit ke UITM Puncak Alam
3) 10 minit ke Medan Ikan Bakar Jeram dan Restauran Aroma Ikan Bakar Pantai Jeram.
4) 15 minit ke Pusat Pelancongan Pantai Remis, Jeram
5) 20 minit ke Gerai Cendol Bakar Drive Thru
6) 25 minit ke Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan
7) 30 minit ke tempat bersejarah Bukit Melawati atau ke Taman Alam Kuala Selangor dan lain-lain tempat menarik.

1) PAKEJ SEWA TEMPAT + MAKAN + CONSULTANT (MURID) - A to Z disediakan, Jurulatih, fasilitator/mahasiswa, fail poket, bahan kem ikut modul, tag nama, sijil penyertaan, bahan masakan di hutan, 3 hamper kumpulan terbaik : Minima 80 orang, kalau kurang harga lain.
- 3H2M = RM 110.00 seorang (Min. 80 org)
- 2H1M = RM 90.00 seorang (Min. 80 org)
- 1H       = RM 70.00 seorang (Min.80 org)

2) PAKEJ SEWA TEMPAT + MAKAN SHJ (MURID) :
- 3H2M = RM 65.00 seorang
- 2H1M = RM 45.00 seorang
- 1H       = RM 25.00 seorang

3) PAKEJ SEWA TEMPAT SHJ. (UNTUK KEM/KURSUS/ FAMILY DAY/SUKANEKA DLL)
- 3H2M = RM 30.00 seorang
- 2H1M = RM 20.00 seorang
- 1H       = RM 1,200.00 (semua jenis penginapan) / RM 600.00 (Minima 60 orang lebih kira kepala RM 10.00 seorang)
- 1/2 H  = RM 300.00 (Minima 30 orang lebih kira kepala RM 5.00 seorang)

4) PAKEJ PENGINAPAN SHJ. (TANPA AKTIVITI) :
- Homestay RM 200.00
- Busstay RM 130.00
- Cabinstay Biasa RM 80.00
- Cabinstay Bertoilet RM 100.00
- 'A' Type Cabin RM 60.00

5) KATERING (MURID) :
- 3H2M = RM 35.00 seorang
- 2H1M = RM 25.00 seorang
- 1H       = RM 15.00 seorang
- BBQ = RM 8.00 seorang, Menu : Ayam, Ikan dan Sosej

6) KATERING (DEWASA) :
- 3H2M = RM 45.00 seorang
- 2H1M = RM 35.00 seorang
- 1H       = RM 25.00 seorang
- BBQ = RM 10.00 seorang, Menu : Ayam, Ikan dan Sosej

7) SEWA DEWAN + LCD + SCREEN + P.A SYSTEM + P.C 
- 1H/2H1M = RM 250.00
*Untuk kegunaan solat, tahlil, doa selamat, tazkirah antara Maghrib hingga Isyak boleh guna FREE ! Untuk kegunaan aktiviti lain kena charge.

8) SEWA DAPUR MASAK + 4 TONG GAS + PINGGAN MANGKUK CAWAN
- 1H/2H1M = RM 150.00

9) CAGARAN KEBERSIHAN (BAGI PAKEJ 2 & 3 SHJ.)
- RM 100.00 dikenakan. Sekiranya kami berpuashati, wang cagaran akan dipulangkan.

10) HARGA AKTIVITI :
- Mini Swimming Pool RM 2.00 sampai kecut !
- Memanah / Archery RM 2.00 X 2 anak panah
- Yoyo Cart / Longboard RM 2.00 X 2 slide
- Memancing RM 5.00 sejam.
- @ RM 100.00 untuk pajak setiap satu permainan shj. (main satu sessi sampai puas !)

11) SEKIRANYA MENGAMBIL MANA-MANA PAKEJ PENGINAPAN
- Mini Swimming Pool FREE !
- Memancing FREE !
- Obstacles Course FREE !

#Bagi yang berminat untuk buat program di KSCC (Kursus/ Seminar/ Family Day/ Reunion/ Group Gathering/ Team Building/ Kem Motivasi/Ibadat/Beruniform dsbnya) boleh beri butir-butir yg diperlukan seperti berikut :
1) Cadangan tarikh
2) Pakej yang diambil
3) Jumlah peserta / termasuk guru pengiring
4) Nama & nombor telefon Penganjur
5) Alamat email Penganjur

#Pihak kami akan hantar QUOTATION secepat mungkin untuk tindakan pihak tn/pn. seterusnya. Untuk pengesahan tempahan deposit RM 500.00 hendaklah dibayar sekurang-kurang 1 bulan sebelum tarikh kem.

Sekiranya berlaku pertindihan tarikh tempahan dari beberapa pihak yang berlainan, kami amalkan konsep 'First Deposit, First Surve' ! No. Akaun SAFC Training & Consultant, CIMB Islamic Bank : 8600732856

*HUBUNGI KAMI :*
Tempahan / Pertanyaan lanjut boleh call / whatsapp En. Akmal 0194814845 /0132797622  / En. Fairul  0162362526 (waktu pejabat) / Ust. Kay 0192319872

 

Kuala Selangor merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar.


Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.

 

Antara tempat tempat menarik di sekitar daerah Kuala Selangor ialah.

1. Taman Alam Kuala Selangor

Taman Alam Kuala Selangor berkeluasan 296 hektar yang terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu seluas 201 hektar meliputi Hutan Hujan Tropika dan selebihnya merupakan Hutan Paya Bakau. Taman Alam berkonsepkan Taman Burung, di mana pelancong boleh melihat sendiri pelbagai jenis spesis burung yang hidup liar. Terdapat 156 jenis spesis burung antara lain 57 daripadanya adalah burung-burung dari luar negara seperti Rusia dan siberia.

2. Kelip-Kelip Kg. Kuantan

Kampung Kuantan terkenal dengan kelip-kelip. Ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Hari ini Kampung Kuantan terkenal dengan keajaiban Kelip-kelip yang bukan sahaja kepada pengunjung tempatan, malahan serata dunia.

Bayaran:Sebuah sampan termasuk insurans dan jaket keselamatan (Maksima 4 orang)-RM 50.00

3. Pantai Remis Sungai Sembilang

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20km arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sg Sembilang, Jeram. Para pengunjung berpeluang berjalan di persisiran pantai sambil menghirup udara segar serta menikmati keindahan alam dan menikmati keenakan makanan laut selain menjalankan aktiviti seperti memancing, mencari hidupan laut seperti kerang dan mentarang, bermain layang-layang dan melihat matahari terbenam.

4. Bukit Malawati

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784. Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato’ Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.

5. Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Taman ini terletak di rezab Hutan Simpan Taman Alam serta kedudukannya bersebelahan dengan Bukit Malawati. Taman ini adalah tempat yang sesuai untuk mempelajari hidupan ikan air tawar, kerana mempunyai sejumlah 1500 ekor ikan daripada 60 spesis ikan air tawar. Di Taman Ikan Air Tawar ini terdapat sebuah galeri yang dapat memberikan maklumat kepada pengunjung mengenai hidupan air tawar, sejarah ikan air tawar di Kuala Selangor, konsep akuarium, jenis ikan dan peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan.

6. Tempat Melihat Anak Bulan

Bangunan ini dibina khas bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Syawal dan Raya Haji.

7. Royal Kg. Kuantan Golf Club (RKKGC)

RKKGC menawarkan permainan golf yang sebenar kerana ia satu-satunya lapangan golf yang memerlukan pemain berjalan kaki. Terletak di daerah Kuala Selangor, kelab golf ini merupakan yang tertua di Selangor dan antara yang pertama dibina di negara. Dibina oleh peladang-peladang British pada tahun 1910, lapangan sembilan lubang sejauh 2,771 meter par 35 ini telah menjalani pelbagai perubahan.

8. 'Eagle Feeding' di Pasir Panjang Kuala Selangor

Eagle Feeding di Pasir Panjang merupakan tempat perlancongan yang menarik perhatian pelancong yang datang kesana dan berpeluang untuk melihat burung helang secara 'live' menyentap makanan di dalam sungai.

9. The Kabin Kabin Kuala Selangor

The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama. Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga, program motivasi atau majlis perkahwinan. Kontena-kontena tersebut dinamakan mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,   Hamburg, Durban, Santos, Balboa, Klang, Long Beach, Vancouver, Shanghai, Singapore, Rotterdam, Antwerp, Sharjah, Busan, Keihin, Ho Chi Minh, Colombo dan Melbourne

9. Pulau Angsa Jeram

Pulau angsa atau boleh juga dikenali sebagai rumah api terletak di dalam negeri selangor. Perjalanan kesana kalau dari KL mengambil masa tidak sampai 2 jam bergantung kepada kesesakan jalan. Biasanya jika travel malam ia tidak sibuk dan cepat sampai.

Pulau Angsa terdapat Rumah Api yang masih berfungsi dengan baik. Di pulau tersebut terdapat chalet yang telah ditinggalkan oleh pemiliknya setelah sebahagian dari chalet itu terbakar. jika di lihat dari segi struktur dan binaan yang masih tinggal chalet tersebut merupakan chalet yang best dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kami turut dimaklumkan bahawa chalet tersebut merupakan tempat singgahan Sultan Selangor. Dan penjaga pulau tersebut turut menunjukkan bekas bilik singgahan Sultan Selangor. Bayaran RM10 seorang dikenakan untuk memancing diatas tinggalan chalet tersebut. Bayaran dibuat kepada penjaga pulau tersebut. Saya pun tidak pasti sama ada penjaga tersebut bekerja dgn jabatan laut ataupun orang tempatan. Menurut beliau mereka hanya bertiga sahaja menjaga rumah api dan chalet tersebut dan pulang ke darat setiap 2 minggu.

Antara Foto menarik di sekitar Daerah Kuala Selangor.

Rumah Api Bukit Malawati

 

 

 Kelip Kelip kampung Kuantan

 

Hotel The Kabin @ Pantai Jeram

 

 

Pantai Remis Batu 18 Jeram.

 

 

'Eagle Feeding' Pasir Panjang Kuala Selangor

 

 

                                                                                                Pulau Angsa Jeram

 

Sumber: Majlis Daerah Kuala Selangor & Penduduk tempatan di Daerah Kuala Selangor