Menghabiskan masa dalam talian tidak bermakna kita sedang mengembangkan kemahiran literasi atau celik media dan maklumat digital.

Menurut Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), celik maklumat menekankan kepentingan akses kepada maklumat, penilaian dan penggunaan maklumat tersebut secara beretika. Celik media pula menekankan keupayaan untuk memahami fungsi media, menilai bagaimana fungsi tersebut dilaksanakan dan melibatkan diri secara rasional dengan media untuk mengekspresi diri.

Berasaskan celik media dan maklumat, celik digital menggabungkan dimensi baharu iaitu kesalinghubungan Internet. Ia berkaitan kemahiran dan tingkah laku yang diperlukan untuk mengurus isu yang terhasil daripada rangkaian dan kesalinghubungan media digital.

Keupayaan untuk mencari maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai dan mencipta kandungan yang produktif amat penting ke arah menghasilkan masyarakat yang berperikemanusiaan.

Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.

Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.

#positifnproduktif
#KlikDenganBijak
#celikmedia
#celikmaklumat
#mediaandinformationliteracy
#digitalmedialiteracy
#literasimediadigital
#literasi
#fakenews
#beritapalsu
#maklumat
#Malaysia
#KualaLumpur
#ootdMalaysia
#kempen
#MIV
#KDB
#MalaysiaICTVolunteer

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa mesej yang tular di media sosial ini adalah palsu. Untuk makluman, status vaksinasi COVID-19 kepada:

- Semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak setelah layak; dan
- Penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak setelah layak;

Hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap dan BUKAN dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut

 
Waspada dengan akaun palsu di media sosial yang mungkin sengaja diwujudkan untuk tujuan penipuan dan hasutan.