Nama : Maziz Suy
Umur : 37
Ahli : 2020

 

Latar belakang

Beliau menjual sarapan pagi di Kg Bukit Kuching Jeram Selangor. Pelbagai menu sarapan pagi yang beliau buat seperti nasi lemak telur, nasi lemak ayam dan pelbgai lgi lauk pauk yang disediakan oleh beliau.

FB : https://www.facebook.com/maziz.suy

Nama : Puan Salbiza Mohd Ghani
Umur : 37
Ahli : 2016

 

Latar Balakang

Puan Salbiza mengambil tempahan nasi kerabu dan juga laksam dari rakan - rakan terdekat dan penduduk sekampung. Selain itu, beliau ada menyediakan untuk tempahan jamuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya mengambil tempahan disekitar perumahan dan rakan terdekat sahaja yang telah mengenali beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mempelajari ilmu ict bersama petugas pusat internet beliau telah mula memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui facebook,aplikasi di whatsapp dan juga group di facebook.Beliau juga mempelajari cara bagaimana mengedit gambar menggunakan canva agar gambar promosi beliau keihatan kemas dan cantik.

Nama : Encik Hafizal
Umur : 37
Ahli : 2013

 

Latar belakang

Beliau menjual produk makanan frozen popia cheese cabonara di sekitar Jeram.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan berniaga beliau hanya membuat jualan secara offline iaitu membuat promosi di sekitar kampung Jeram. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan beliau menggunakan medan laman sosial sebagai mencari pelanggan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempelajari cara pemasaran secara online menggunakan media sosial seperti facebook group, facebook page, aplikasi instagram dan telegram.

Nama : Zayarinah Binti Mad Jaya
Umur : 47
Ahli : 2010

Latar belakang

Puan Zayarinah merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau merupakan seorang bekas guru Taska Anak Sayang di Kapar. Namun dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, beliau berhenti sebagai guru tetap dan menceburi bidang perniagaan. Beliau bermula dengan pelbagai perniagaan sehingga beliau menceburi bidang peniagaan pelancongan..

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet Komuniti, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari PIK, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Mukim Jeram. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Mukim Jeram. sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan dan telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Nama : Puan Lela
Umur : 59
Ahli : 2017

 

Latar Balakang

Puan Lela menghasilkan pelbagai bentuk kraftangan yang di perbuat daripada benang kait. - Antara contoh kraftangan benang kait yang beliau hasilkan seperti bekas kuih raya, bunga telur, bekas tisu, bekas botol serta lain-lain lagi.