Puan Hidayah memulakan perniagaannya di rumah dan mengambil order dengan rakan – rakan sekerja serta sedara – mara.Beliau pada mulanya hanya suka – suka sahaja untuk berniaga secara kecil – kecilan.Selepas mendapat sambutan ramai beliau cuba untuk kembangkan lagi perniagaannya menggunakan laman media sosial.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penglibatan di PI beliau hanya mempromosikan sekitar Tanjong Karang dan Kuala Selangor dan di Facebook personal selain itu saudara mara serta kenalan selain daripada penggunaan whatsup. Pendapatan hanya datang dari penjualan sedara dan rakan terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah belajar mengenai laman sosial sekarang Beliau telah mempromosikan kuih beliau menggunakan facebook dan juga instagram. Dan beliau juga telah mempelajari cara bagaimana nak mencatat kewangan menggunakan Microsoft excel.

 

Facebook : https://www.facebook.com/dya.hidayahku

Puan Haszelynn memulakan perniagaan butik pengantin dari bawah. Bermula sekecil-kecilnya dengan modal masa itu hanya RM5K. Bermula bukanlah sebuah butik yang lengkap tetapi sekadar memberikan perkhidmatan sewaan busana sahaja. Masa tu kelam kabut nak dapatkan pelanggan. Maklumlah terpaksa bersaing dengan otai-otai. Alhamdulillah, selepas 3 tahun baru nak menampakkan hasil.

 

Tempoh 3 tahun pertama perniagaan adalah tempoh sukar. Ini adalah kerana kekangan modal yang sangat terhad yang menyebabkan kaedah pemasaran yang sangat terhad. Seperti yg semua maklum, nak memasarkan servis masa tu dengan modal permulaan sebanyak itu apa la sangat yang boleh saya buat. Mmg pemasaran di internet free, tapi dah komputer dan internet pun tak mampu dibeli membuatkan pemasaran terbantut.

 

Permulaan perniagaan saya pada tahun 2010. Tahun 2013 baru nak menampakkan pelanggan bukannya keuntungan. Jadi kepada usahawan industri perkahwinan yang baru bermula, anda amat beruntung pada masa sekarang kemudahan internet ada di mana-mana sehingga perniagaan dipermudahkan hanya dihujung jari. Manafaatnyanya.. Insyaallah.

Puan Paridah menghasilkan pelbagai bentuk kraftangan yang di perbuat daripada benang kait. - Antara contoh kraftangan benang kait yang beliau hasilkan seperti bekas kuih raya, bunga telur, bekas tisu, bekas botol serta lain-lain lagi.

Facebook : https://www.facebook.com/eida.abu.5

Video : https://youtu.be/DzBCp7E2VJs

 28279183 2145770145644687 6211910455907008549 n

AZIAH BT MOHAMMAD YUNOS

Saya adalah pengusaha kilang sabun X’cell. Saya mula menceburkan diri dalam industri perkilangan apabila suami saya mendapat tawaran daripada Sirim untuk menghasilkan produk pencuci sabun serbuk dari kalangan bumiputera. Pada permulaanya saya mesti memiliki sebuah syarikat berdaftar atas nama saya. Dan selepas itu saya dihantar kursus yang berkaitan dengan industri sabun. Kursus pertama yang saya hadiri adalah kursus dalam pembuatan sabun serbuk yang dijalankan oleh Sirim dan selepas itu, pelbagai lagi kursus yang berkaitan untuk saya memulakan perniagaan. Walaupun semua kursus telah diberikan oleh sirim. Saya perlu mempunyai modal untuk memperolehi resepi yang telah direka khas oleh sirim. Serta telah diiktiraf oleh sirim tentang kualiti sabun. Pelbagai kajian dilakukan keatas produk sabun X’cell untuk menjamin kualiti yang tinggi.