Nama : Susilawati binti Samsudin @ Shamsudin
Umur : 46
Ahli : 2018

 

Latar Belakang

Puan Susilawatibinti samsudin @ shamsudin merupakan seorang usahawan yang memasarkan produk biskut,roti dan kek yang perniagaanya dinamakan Su Sinar Gemilang Enterprise. Pada permulaan perniagaan, beliau hanya memasarkan produk di kedai yang terletak di Bandar Kuala Selangor dan kemudian membuka sebuah lagi kedai di Taman Siakap Jeram. Dan kini perniagaan beliau telah berkembang di sekitar Jeram dan Kuala Selangor. 

 

Sebelum Penggunaan Ict / Penglibatan Pi

Sebelum penglibatan di PI, beliau hanya mempromosikan produk biskut, roti dan kek melalui kedai beliau di Kuala Selangor dan Taman Siakap Jeram sahaja sambil mempromosikan kepada rakan – rakan melalui whatsapp. 

 

Selepas Penggunaan Ict / Penglibatan Pi

Kini, Puan Susilawati telah membuka akaun facebook dan instagram untuk meluaskan lagi promosi produk beliau. Melalui laman sosial facebook dan instagram, beliau boleh memuatnaik gambar aktiviti serta gambar-gambar menarik yang boleh dikongsi oleh semua rakan facebook serta dalam masa yang sama menarik perhatian pengguna facebook untuk membeli barangan yang telah dipromosikan.

Facebook : https://www.facebook.com/susilawati.shamsuddin

 

Nama : Zahara Binti Sharif
Umur : 55
Ahli : 2016

 

Latar Balakang

Puan Zaharah membuat perniagaan kuih kemboja bermula dari mengambil tempahan rakan - rakan terdekat. Selain itu, beliau ada menyediakan dan membekal kuih bingka di sekitar Jeram dan Lembah Klang.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya mengambil tempahan disekitar perumahan dan rakan terdekat sahaja yang telah mengenali beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah mempelajari ilmu ict bersama petugas pusat internet beliau telah mula memperluaskan lagi perniagaan beliau melalui facebook,aplikasi di whatsapp dan juga group di facebook.Beliau juga mempelajari cara bagaimana mengedit gambar menggunakan canva agar gambar promosi beliau keihatan kemas dan cantik.

 

Facebook : https://www.facebook.com/zaharah.sarif.1